Skip to main content
- 1. Konsep Raja Perlembagaan
- 2. Nama Ahli Kumpulan: 39 Lim Siaw Hoe (67294) 50 Roseline Nelly Japang (67305) 55 Tean Lee Chiet (67310) 56 Sherrene Ak Daniel (67311) 62 Luck Lee Ching (67317) 59 Nicholas Lidang Ak Mud (67314)
- 3. Maksud Raja Perlembagaan Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. • Sistem Raja Berpelembagaan. • Sistem Demokrasi Berparlimen. • Sistem Persekutuan.
- 4. - Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan. - Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada. - Urutan: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. - Menyandang jawatan selama lima tahun.
- 5. Keseimbangan Dalam Sistem Raja Perlembagaan - Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara mempunyai kedudukan istimewa - mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa di dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja-raja - Bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak dari segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai warganegara
- 6. Ciri-ciri Kelayakan Menjadi Yang di-Pertuan Agong 1. Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih. 2. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. 3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi.”
- 7. Ciri-ciri Ketidaklayakkan Menjadi Yang di-Pertuan Agong 1. Raja itu belum dewasa. 2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih. 3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Ketetapan ini memerlukan sekurang-kurangnya undian daripada lima orang Raja.
- 8. Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 1. Sebagai Badan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi perlembagaan: i. Melantik seorang Perdana Menteri; ii. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan parlimen; iii. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.
- 9. 2. Sebagai Badan Perundangan Kuasa Perundangan adalah terletak kepada parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa: i. Memanggil parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa; ii. Memberhentikan dan membubarkan parlimen; iii. c. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen; iv. d. Memperkenankan Rang Undang-Undang.
- 10. 3. Sebagai Badan Kehakiman Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawabnya seperti berikut: i. Melantik : Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak Hakim Mahkamah Agung Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
- 11. ii. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk Pesuruhjaya kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum perlantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
- 12. iii. sebagai Ketua Agama Islam negeri : a. Melaka, b. Pulau Pinang, c. Sabah dan d. Sarawak iv. Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan : a. Kuala Lumpur, b. Putrajaya dan c. Labuan. v. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. #di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.
- 13. Fungsi-Fungsi Lain Yang di- Pertuan Agong i. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata. ii. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. iii. Sumber penghormatan dan kebesaran. iv. Menghadiri pelbagai majlis dan acara. v. Berkuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
- 14. Kebaikan Sistem Raja Perlembagaan 1. Hanya terpilih sahaja boleh dipilih, iaitu menurut darah keturunan tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden (pemilihan secara moden). 2. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya. 3. Pemilihan Ketua Negara datang daripada kalangan sembilan Sultan yang memerintah negeri-negeri Melayu jika dibandingkan dengan Sistem Beraja England di mana sistem mereka hanya datang daripada satu keluarga sahaja.
Comments
Post a Comment